ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB II - MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH



Seksyen 10. Orang awam dikehendaki memberi maklumat atas perkara-perkara yang tertentu.


Tiap-tiap orang yang mengetahui berkenaan dengan berlakunya atau kemungkinan mana-mana juga orang lain melakukan sebarang kesalahan yang boleh dihukum di bawah Enakmen ini, Enakmen Keluarga Islam 1983, Undang-undang Mahkamah Shar'iyah dan Hal Ehwal Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1966 hendaklah, kecuali atas sebab-sebab yang munasabah yang mana beban menbuktikannya itu adalah tertanggung padanya, dengan segeranya memberitahu maklumat itu kepada Penyelia Ugama pegawai masjid, pegawai polis, penggawa, penghulu atau guru ugama yang bertaulliah yang berdekatan mengenai perkara yang berlaku atau yang mungkin berlaku itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.