ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VIII - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 115. Perkara yang boleh dibuktikan berkaitan dengan pernyataan yang dibuktikan yang relevan di bawah seksyen 20 atau 21.

Apabila sesuatu pernyataan yang relevan di bawah seksyen 20 atau 21 dibuktikan, maka bolehlah dibuktikan, sama ada bagi menyangkal atau menyokongnya atau bagi mencabar atau mengesahkan kebolehpercayaan orang yang telah membuatnya, semua perkara yang mungkin boleh dibuktikan sekiranya orang itu telah dipanggil sebagai saksi dan menafikan kebenaran perkara yang dikatakan itu apabila diperiksa-balas.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.