ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN III - MUFTI DAN JAWATANKUASA SYARIAH



Seksyen 37. Jawatankuasa Syariah.

(1) Maka hendaklah ada suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Syariah.

(2) Jawatankuasa Syariah hendaklah terdiri daripada-
(3) Orang yang sebaik sahaja sebelum berkuatkuasanya seksyen ini telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Syariah di bawah Enakmen 1965, hendaklah terus menjadi ahli Jawatankuasa ini sehingga tamat tempoh perlantikannya.

(4) Apabila Mufti bercadang untuk membuat fatwa di bawah seksyen 34 atau meminda, mengubah atau membatalkan sesuatu fatwa di bawah seksyen 36, dia hendaklah memanggil mesyuarat Jawatankuasa bagi maksud membincangkan fatwa yang dicadangkan itu.

(5) Sebelum Mufti membuat, meminda, mengubah atau membatalkan fatwa, dia boleh mengarahkan suatu kajian atau penyelidikan dibuat dan kertas kerja disediakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.