ENAKMEN 20 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 3 - PELAKSANAAN



Fasal 154. Kebenaran untuk mengeluarkan perintah pelaksanaan.

(1) Sesuatu perintah pelaksanaan bagi menguatkuasakan sesuatu penghakiman atau perintah tidak boleh dikeluarkan tanpa kebenaran Mahkamah -


(2) Permohonan untuk mendapatkan kebenaran pelaksanaan boleh dibuat secara ex parte, tetapi Mahkamah boleh memerintahkan supaya permohonan itu disampaikan kepada mana-mana pihak atau orang tertentu.

(3) Mahkamah hendaklah, jika Mahkamah berpuas hati bahawa perintah pelaksanaan itu patut dikeluarkan, memberikan kelulusan mengikut permohonan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.