ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN II - PERATURAN-PERATURAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV - PROSES MAHKAMAH UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
WARAN TANGKAP



Seksyen 36. Prosedur untuk menangkap orang yang terhadapnya waran telah dikeluarkan.

(1) Apabila waran tangkap dilaksanakan di luar kawasan bidangkuasa Mahkamah yang mengeluarkannya maka orang yang telah ditangkap hendaklah, melainkan jaminan telah dibuat di bawah seksyen 32, dibawa ke hadapan Kadi yang terdekat sekali.

(2) Kadi tersebut hendaklah, jika didapati orang yang ditangkap itu adalah orang yang dimaksudkan oleh Mahkamah yang mengeluarkan waran mengarahkan pemindahannya dari tahanan ke Mahkamah yang mengeluarkan waran mengarahkan pemindahannya dari tahanan ke Mahkamah yang mengeluarkan waran mengarahkan pemindahannya dari tahanan ke Mahkamah yang disebut di dalam waran:

Dengan syarat bahawa, jika kesalahan itu boleh dijamin dan orang yang ditangkap bersedia dan bersetuju untuk memberi jaminan yang memuaskan Mahkamah yang ianya di bawa atau arahan telah diendorskan di bawah seksyen 32 di atas waran dan orang tersebut bersedia dan bersetuju untuk memberi jaminan yang diperlukan oleh arahan tersebut, Mahkamah terakhir yang disebut hendaklah mengambil bon itu sebagaimana yang sepatutnya, dan mengemukakan bon kepada Makhkamah yang disebut di dalam waran.

(3) Tidaklah ada sesuatu di dalam seksyen ini boleh disifatkan untuk mencegah seorang Pegawai Penguatkuasa Syariah atau pegawai polis daripada mengenakan jaminan di bawah seksyen 32.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.