ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XIV - KETERANGAN
BAB 3 - AFIDAVIT



Seksyen 119. Soal balas ke atas afidavit.

(1) Mana-mana pihak yang ingin mempertikaikan fakta yang terdapat dalam sesuatu afidavit boleh menyampaikan kepada pihak yang memfailkan afidavit itu, notis niat untuk menyoal balas deponen dan seterusnya jika deponen itu tidak dikemukakan untuk disoal balas, Mahkamah hendaklah, melainkan dalam hal keadaan tertentu, menolak atau tidak mengambil kira afidavit itu.

(2) Mahkamah boleh mengikut budi bicaranya menghendaki kehadiran mana-mana orang yang mengikrarkan afidavit itu dan; jika dia gagal hadir, Mahkamah boleh menolak atau tidak mengambil kira afidavit itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.