ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VIII - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 113. Soalan-soalan yang boleh menyokong keterangan mengenai fakta relevan boleh diterima.

Apabila seseorang saksi yang dicadang hendak disokong memberi keterangan mengenai sesuatu fakta relevan, dia boleh disoal tentang apa-apa hal keadaan lain yang ada dilihatnya pada atau dekat dengan waktu atau tempat yang fakta relevan itu telah berlaku, jika Mahkamah berpendapat bahawa hal keadaan itu, jika dibuktikan, akan menyokong testimoni saksi itu tentang fakta relevan yang diterangkannya itu.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.