ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996

BAHAGIAN 3 - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 110. Kenyataan-kenyataan dahulu yang dibuat oleh saksi boleh dibuktikan bagi menyokong testimoni yang kemudian tentang fakta yang sama.

Bagi menyokong testimoni seorang saksi, suatu pernyataan dahulu yang dibuat olehnya sama ada secara bertulis atau lisan, atau sumpah, atau dalam percakapan biasa, berhubung dengan fakta yang sama pada atau lebih kurang pada masa fakta itu telah berlaku, atau dibuat di hadapan mana-mana pihak berkuasa yang kompeten di sisi undang-undang menyiasat fakta itu, boleh dibuktikan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.