ENAKMEN 18 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 4 - PERHUBUNGAN KHAS BERHUBUNGAN DENGAN TESTIMONI SAKSI



Fasal 126. Penafian (ta’n) terhadap saksi

Apabila mana-mana pihak kepada sesuatu prosiding mengisytiharkan mana-mana saksi pihak menentang sebagai tidak adil, sama ada sebelum atau selepas pemeriksaan saksi itu di bawah seksyen 121 atau 123 dengan mengemukakan apa-apa keterangan yang boleh mencegah penerimaan keterangannya, Hakim hendaklah menghendaki pihak itu membuktikan fakta itu.

Huraian - Apabila defendan membuktikan bahawa mana-mana saksi tidak ‘adil, Hakim hendaklah menolak keterangan saksi itu tetapi jika defendan tidak dapat membuktikan faktanya Hakim hendaklah meneruskan pemeriksaan saksi itu jika dia belum berbuat demikian atau memberikan keputusannya mengikut keterangan jika dia telah menjalankan pemeriksaan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.