ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXVI - SALAH ATURAN DALAM PROSIDING



Seksyen 208. Salah tempat prosiding dll.

Tiada sesuatu pendapat, hukuman atau perintah oleh mana-mana Mahkamah boleh diketepikan hanya atas alasan bahawa perbicaraan atau prosiding lain di mana ianya diperolehi, dijatuhkan atau dibuat, telah berlaku di dalam bidangkuasa tempatan yang salah atau di hadapan Mahkamah yang salah, kecuali didapati kesilapan itu menyebabkan kegagalan keadilan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.