ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002


Seksyen 94. Pungutan khairat.

(1) Majlis boleh memungut atau, dengan surat kebenaran yang dikeluarkan oleh Majlis, membenarkan mana-mana orang atau kumpulan orang, atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Majlis, memungut wang atausumbangan-sumbangan lain bagi apa-apa maksud khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi manfaat orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak.

(2) Maka hendaklah disifatkan sebagai suatu terma bagi tiap-tiap kebenaran yang diberikan di bawah subseksyen (1) bahawa penerima kebenaran itu dan semua orang lain yang dibenarkan melaluinya untuk memungut wang atau sumbangan lain hendaklah-
(3) Wang yang dipungut menurut seksyen ini bolehlah digunakan bagi apa-apa maksud yang dinyatakan oleh Majlis, dan jika tiada maksud dinyatakan sedemikian, hendaklah menjadi sebahagian daripada Baitulmal.

(4) Tiada seorang pun boleh membuat atau mengambil bahagian dalam apa-apa pemungutan wang bagi apa-apa maksud yang disebut dalam subseksyen (1) kecuali dengan kebenaran nyata daripada Majlis atau menurut kuasa surat kebenaran di bawah subseksyen (1).

(5) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.