ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA, JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERKARA KEPENTINGAN NASIONAL



Seksyen 32. Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti.

(1) Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Pihak Berkuasa Negeri, selepas berunding dengan Majlis, boleh melantik mana-mana orang yang layak dan sesuai menjadi Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Melaka.

(2) Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti hendaklah disiarkan dalam Warta.

(3) Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, orang yang menjadi Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Melaka sebaik sebelum seksyen ini mula berkuat kuasa hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah seksyen ini sebagai Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Melaka dan hendaklah terus memegang jawatan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.