ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XIII - PENYELESAIAN, PENARIKAN BALIK DAN PEMBERHENTIAN



Seksyen 99. Penarikan balik pembelaan.

Defendan boleh pada bila-bila masa dengan memberi notis kepada plaintif menarik balik pembelaannya atau sebahagian daripadanya dan hendaklah, dalam keadaan itu, dihalang daripada membela prosiding itu atau sebahagian daripadanya, mengikut mana-mana yang berkenaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.