ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 7 - SAKSI



Seksyen 87. Cara memberi keterangan.

(1) Dalam kes mal, keterangan hendaklah diberi oleh plaintif dan defendan, dan jika defendan menafikan tuntutan terhadapnya dia hendaklah diminta mengangkat sumpah mengikut Hukum Syara'.

(2) (a) Jika defendan mengangkat sumpah di bawah sub-seksyen (1), tuntutan yang dibuat oleh plaintif hendaklah ditolak.
(3) Dalam kes jenayah, keterangan hendaklah diberi bagi pihak pendakwa dan bagi pihak tertuduh melainkan jika tertuduh mengaku salah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.