ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XIX
Prosiding Mengenai Beberapa Kesalahan Berkenaan Pentadbiran Keadilan.



Seksyen 173. Butir-butir fakta kesalahan.

(1) Di dalam semua kes seumpama itu Mahkamah hendaklah mencatatkan fakta yang menyebabkan kesalahan itu bersama dengan kenyataan (jika ada) yang dibuat oleh pesalah dan keputusan serta hukuman yang dikenakan.

(2) Jika kesalahan itu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 215, catatan-catatan itu hendaklah menerangkan jenis dan peringkat prosiding keadilan yang mana Mahkamah Syariah telah diganggu, diaib atau dihina apabila bersidang dan butir-butir jenis gangguan, aib atau penghinaan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.