ENAKMEN 5 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1991
BAHAGIAN III - BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH
Seksyen 10. Jawatankuasa Ulang Bicara.
(1) Jawatankuasa Ulang Bicara hendaklah mengandungi-
(a)
Mufti; dan
(b)
Tujuh orang yang beragama Islam Ahli Sunnah Waljamaah yang dilantik oleh Raja Pemerintah melalui pemberitahu dalam
Warta
dari semasa ke semasa.
(2) Tiap-tiap persidangan Jawatankuasa Ulang Bicara hendak dibicara dan diputuskan oleh seseorang Mufti sebagai Pengerusi dan sekurang-kurangnya dua orang lain yang dilantik di bawah sub-sekysen 1 (b);
Dengan syarat bahawa dalam hal ketiadaan Mufti, suatu persidangan Jawatankuasa Ulang Bicara hendaklah diputuskan oleh sekurang-kurangnya tiga orang yang dilantik di bawah sub-seksyen 1 (b) termasuk seorang pengerusi yang dilantik oleh Yang Dipertua.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.