ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN IV - PERKARA-PERKARA KEWANGAN
Kumpulan Wang Majlis



Seksyen 139. Bait-ul-Mal.

(1) Apakala seseorang Islam itu mati dalam keadaan yang, menurut Hukum Syara', menjadikan mana-mana bahagian daripada pesakanya itu terhak kepada Bait-ul-Mal, bahagian itu hendaklah terletakhak pada dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang.

(2) Tiap-tiap wasi kerana menjalankan wasiat seseorang Islam yang telah mati dan tiap-tiap pentadbir harta pesaka seseorang IsIam yang telah mati hendaklah, jika ada mana-mana bahagian daripada harta pesaka si mati itu yang terhak kepada Bait-ul-Mal dalam Negeri ini, memberitahu hal itu kepada Yang Dipertua dan memberi kepadanya satu kenyataan yang sebenar dan lengkap berkenaan dengan nilaian dan jenis harta pesaka itu dalam tempoh sebulan daripada masa memperolehi surat probet atau surat-surat mentadbir pesaka, menurut mana yang berkenaan, atau dalam apa-apa tempoh lanjutan masa yang dibenarkan dengan bertulis oleh Yang Dipertua dengan syarat-syarat sebagaimana dia fikirkan patut.

(3) Tiap-tiap wasi atau pentadbir harta pesaka yang tersebut itu hendaklah membayar kepada Majlis akan jumlah wang yang bersamaan dengan nilai bahagian daripada harta pesaka yang terhak kepada Bait-ul-Mal dalam masa sebulan selepas daripada disampaikan satu notis kepadanya daripada Majlis meminta akan wang itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan masa yang dibenarkan oleh Yang Dipertua dengan bertulis dengan syarat-syarat sebagaimana dia fikirkan patut.

(4) Tidaklah boleh wasi atau pentadbir harta pesaka yang tersebut itu memohon kepada mana-mana Mahkamah supaya melepaskan dia sehingga dia telah menunjukkan satu surat akuan daripada Yang Dipertua menyatakan tidak ada bahagian di dalam pesaka itu yang terhak kepada Bait-ul-Mal atau menyatakan yang bahagian tersebut itu telahpun dibayar.

(5) Wang-wang yang terhak kepada Bait-ul-Mal boleh dituntut sebagai suatu hutang yang patut dibayar kepada Negeri dari-

(6) Sesuatu hukuman yang diperolehi terhadap seseorang atau lebih daripada mereka yang tersebut dalam subseksyen (5) tidak menghalang apa-apa guaman terhadap mana-mana orang lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.