ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN VIII - PLIDING



Seksyen 53. Pembelaan.

(1) Jika defendan mempertikaikan keseluruhan atau sebahagian tanggungannya dari sesuatu tuntutan ia boleh -
(2) Jika defendan hadir di Mahkamah dan mempertikaikan tuntutan plaintif, Mahkamah boleh mengarahkannya menyampaikan suatu pembelaan dalam tempoh masa yang diarahkan oleh Mahkamah dan mengenakan apa-apa syarat yang difikirkan perlu.

(3) Jika defendan tidak menyerahkan pembelaannya secara bertulis pada mula-mula dia hadir di Mahkamah dan tidak berhasrat berbuat demikian tetapi dia berniat untuk membela tindakannya itu, maka Mahkamah hendaklah menyelidik dengan menyoal alasan-alasan pembelaannya dan selepas itu dia tidak boleh membawa alasan-alasan pembelaan yang lain tanpa kebenaran Mahkamah.

(4) Sesuatu pembelaan boleh dikemukakan dalam borang yang ditetapkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.