ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXV - PEMINDAHAN KES-KES JENAYAH



Seksyen 207. Permohonan untuk perpindahan disokong oleh afidavit.

(1) Setiap permohonan untuk menjalankan kuasa yang diberi oleh seksyen 206 hendaklah dibuat dengan usul yang hendaklah disokong oleh afidavit.

(2) Setiap permohonan sedemikian hendaklah dibuat sebelum perbicaraan terhadap kesalahan itu tamat.

(3) Setiap orang yang dituduh yang membuat permohonan itu hendaklah memberi kepada Ketua Pendakwa Syarie notis mengenai permohonan secara bertulis, bersama-sama dengan satu salinan mengenai alasan atas mana ianya dibuat dan tiada perintah boleh dibuat atas merit permohonan itu melainkan sekurang-kurangnya dua puluh empat jam telah berlalu antara pemberian notis dengan pendengaran permohonan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.