ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 3 - PELAKSANAAN



Seksyen 169. Penyata mengenai perintah

(1) Bailif hendaklah membuat penyata dalam borang MS 40 mengenai tiap-tiap perintah pelaksanaan sebaik sahaja dia menyempurnakan pelaksanaan itu dan hendaklah menyerahkan satu salinan penyata itu kepada pemiutang penghakiman dan penghutang penghakiman.

(2) Pemiutang penghakiman berhak memeriksa dan menyalin mana-mana inventori harta, akaun penjualan, baucar atau dokumen lain berhubungan dengan pelaksanaan itu yang disimpan dan disenggarakan oleh bailif.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.