ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VII - PENYAMPAIAN DI LUAR BIDANG KUASA



Seksyen 51. Penyampaian di negeri lain dalam Persekutuan.

(1) Mana-mana proses Mahkamah untuk disampaikan di dalam negeri-negeri lain dalam Malaysia bolehlah dihantar oleh Mahkamah kepada Kadi Besar, Kadi, Pendaftar atau mana-mana pegawai Mahkamah yang mempunyai bidangkuasa dalam kawasan tempatan di mana orang yang hendak disampaikan proses Mahkamah itu berada atau menjalankan urusannya.

(2) Dokumen untuk disampaikan itu boleh dihantar melalui pos atau sebaliknya dengan permohonan bertulis untuk penyampaian di tandatangani oleh Mahkamah atau Pendaftar.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.