ENAKMEN 4 TAHUN 1993
ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 36. Mencetak bahan-bahan yang berlawanan dengan hukum syarak.

(1) Barang siapa, tanpa apa-apa sebab yang sah, mencetak, menerbit, mengeluar, membahagi, menyiar, mempamer, mengedar, menjual, membahagi, mengimpot, mengekspot atau ada dalam miliknya, apa-apa buku, rekod atau pita rakaman bunyi, suratan, risalah, filem rakaman video atau lain-lain bahan yang serupa yang berlawanan dengan Hukum Syarak atau adat istiadat melayu atau mana-mana fatwa yang dikeluarkan di bawah Undang-undang Pentadbiran Agama Islam, 1963 adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(2) Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya apa-apa buku, rekod atau pita rakaman bunyi, suratan, risalah, filem, rakaman video atau lain-lain bahan yang serupa yang menjadi perkara kesalahan di bawah sub-seksyen (1) dimusnahkan atau dilupuskan dengan cara lain sebagaimana Mahkamah fikirkan patut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.