ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN IV - KESALAHAN



Seksyen 71. Melacurkan isteri atau anak.

(1) Seseorang suami yang melacurkan atau membiarkan isterinya melacurkan dirinya adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Seseorang ibu atau bapa atau penjaga yang melacurkan anaknya atau kanak-kanak di bawah jagaannya atau membenarkan anaknya atau kanak-kanak yang di bawah jagaannya itu melacur adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.