ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN IV - KESALAHAN



Seksyen 60. Salahguna tanda halal.

Sesiapa yang menyalahgunakan tanda "Halal" atau meletakkan tanda halal pada makanan atau minuman yang diharamkan oleh Hukum Syarak adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.