ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN VII - KESALAHAN



Seksyen 136. Menyalahgunakan ayat-ayat suci.

Seseorang yang menggunakan, mempermainkan, meniru, mencela atau mengejek-ejek dengan perkataan atau perbuatan atau menghina ayat-ayat suci Al-Quran atau Hadis atau sebarang perkataan yang dipandang suci oleh orang-orang Islam, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi empat ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.