ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN I - PERMULAAN
BAB I



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam kanun ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"aduan" ertinya tuduhan yang dibuat secara bertulis dalam Borang 6 dalam Jadual kepada seorang Hakim bahawa seseorang sama ada diketahui atau tidak diketahui telah melakukan ataupun bersalah kerana suatu kesalahan, dengan tujuan supaya tindakan diambil oleh Hakim di bawah Kanun ini;

"Enakmen Pentadbiran" ertinya Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 [En.2/89];

"Hakim" ertinya Hakim Syarie atau Hakim Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah Enakmen Pentadbiran;

"kesalahan" ertinya sesuatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis mengenai agama Islam;

"Ketua Hakim Syarie" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya di bawah Enakmen Pentadbiran;

"Ketua Pendakwa Syarie" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya di bawah Enakmen Pentadbiran;

"Mahkamah" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya di bawah Enakmen Pentadbiran;

"Majlis" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya di bawah Enakmen Pentadbiran;

"Pegawai Penguatkuasa Agama" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya di bawah Enakmen Pentadbiran;

"Peguam Syarie" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya di bawah Enakmen Pentadbiran;

"Pendaftar" ertinya Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah atau Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah, yang dilantik di bawah Enakmen Pentadbiran;

"Pendakwa Syarie" ertinya Ketua Pendakwa Syarie atau Timbalan Pendakwa Syarie;

"Timbalan Pendakwa Syarie" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya di bawah Enakmen Pentadbiran;

(2) Semua perkataan, perbahasan, takrif dan istilah yang digunakan di dalam Kanun ini tetapi tidak ditakrifkan dengan tertentu di dalamnya maka hendaklah disifatkan mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam Akta Tafsiran 1948 dan 1967[Akta 388].

(3) Jika timbul sebarang persoalan dalam mentafsirkan sesuatu perkataan, perbahasan dan istilah mengenai Hukum Syara', maka adalah dalam bidangkuasa Mahkamah yang membicarakan kes itu untuk memberi tafsiran kepada perkataan, perbahasan dan istilah sedemikian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.