ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB II - KERELEVANAN FAKTA
Qarinah
Seksyen 5. Keterangan boleh diberi mengenai fakta persoalan dan qarinah.
Keterangan boleh diberi dalam mana-mana guaman atau prosiding mengenai wujud atau tidak wujudnya tiap-tiap fakta persoalan dan mengenai fakta lain yang ditetapkan kemudian daripada ini sebagai
qarinah
dan tidak mengenai mana-mana fakta lain.
Huraian
-
Seksyen ini tidak membolehkan mana-mana orang memberi keterangan mengenai sesuatu fakta yang dia tidak berhak membuktikan menurut undang-undang berhubungan dengan prosedur mal.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.