ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM



Seksyen 32. Bila hak mempertahankan harta bermula dan masih ada.


(1) Hak mempertahankan harta bermula apabila suatu ketakutan yang munasabah akan bahaya kepada harta itu bermula.

(2) Hak mempertahankan harta terhadap kesalahan mencuri masih ada sehingga pencuri itu telah lepas lari dengan harta itu, atau sehingga pertolongan pihak berkuasa awam didapati, atau sehingga harta itu telah didapati balik.

(3) Hak mempertahankan harta terhadap rompak masih ada selagi perompak itu menyebabkan atau mencuba hendak menyebabkan kepada seseorang kematian, atau cedera atau halangan salah, atau selagi ketakutan akan kematian serta-merta, atau cedera serta-merta, atau halangan diri serta-merta masih ada.

(4) Hak mempertahankan harta terhadap penceroboh jenayah atau khianat masih ada selagi penceroboh itu masih melakukan pencerobohan jenayah atau khianat itu.

(5) Hak mempertahankan harta terhadap pecah rumah masih ada ada selagi penceroboh rumah yang dimulakan dengan pecah rumah itu masih ada.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.