ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 53. Membetulkan kesilapan.

(1) Jika Pendaftar berpuas hati melalui akuan berkanun atau selainnya bahawa sesuatu catatan dalam Daftar Perceraian dan Pembatalan adalah silap pada bentuk atau isinya, dia boleh, dihadapan dua orang saksi yang boleh dipercayai, membetulkan kesilapan itu dengan memotong catatan itu dan membuat catatan yang betul.

(2) Pendaftar hendaklah menandatangani dan mentarikhkan pembetulan yang dibuat dalam surat perakuan cerai atau pembatalan.

(3) Tiap-tiap catatan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah diakusaksi oleh saksi-saksi yang dihadapannya catatan itu telah dibuat.

(4) Suatu salinan pembetulan itu yang diperakui hendaklah dihantar dengan segera kepada Ketua Pendaftar supaya suatu pembetulan yang serupa dibuat dalam Daftar Perceraian dan Pembatalannya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.