ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN XI - PERUNTUKAN PERALIHAN



Seksyen 57. Peletakhakan mawquf berhubung wakaf yang dibuat sebelum permulaan kuat kuasa Enakmen.

(1) Majlis hendaklah mengambil segala langkah yang perlu dengan seberapa segera yang boleh dilaksanakan untuk meletakhakkan kepada Majlis apa-apa mawquf yang didaftarkan di bawah subseksyen 54(1) dan (2) dan seksyen 55.

(2) Apa-apa mawquf yang diletakhakkan kepada Majlis hendaklah terletakhak kepada Majlis tanpa apaapa pemindahhakan, penyerahan, penyerahhakan, atau pemindahmilikan dan hendaklah terletakhak sedemikian dengan hakmilik estet atau kepentingan dan pegangan yang serupa sebagaimana harta itu terletakhak sebelum pendaftaran mawquf itu di bawah subseksyen 54(1) dan (2) dan seksyen 55.

(3) Apa-apa mawquf yang telah diletakhakkan kepada Majlis ini tidak boleh dipindahhakkan, diserahkan, diserahhakkan, digadaikan, dicagarkan, dipinjamkan atau dipindahmilikkan kecuali bagi maksud subseksyen 12(1) atau menurut fatwa yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa.

(4) Peletakhakan apa-apa harta tidak alih di bawah hendaklah menurut Kanun Tanah Negara.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.