ENAKMEN 18 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 1 - PERMULAAN



Fasal 4. Anggapan.

(1) Bilamana diperuntukkan oleh Enakmen ini bahawa Mahkamah boleh menganggap sesuatu fakta sebagai wujud, Mahkamah boleh sama ada menyifatkan fakta itu sebagai terbukti melainkan jika dan sehingga terbukti sebaliknya, atau boleh meminta buktinya.

(2) Bilamana diperuntukkan oleh Enakmen ini bahawa Mahkamah hendaklah mengganggap apa-apa fakta sebagai wujud, Mahkamah hendaklah mensifatkan fakta itu sebagai terbukti melainkan jika dan sehingga terbukti sebaliknya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.