ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN 'ADAT MELAYU PERAK



Seksyen 19. Kuorum.

Tiada urusan, kecuali mengenai penangguhan, boleh dilakukan dalam sesuatu mesyuarat, dan tiada ketetapan atau tindakan Majlis yang dibuat atau dilaksanakan dalam sesuatu mesyuarat adalah sah melainkan jika sekurang-kurangnya separuh daripada bilangan anggota Majlis, termasuk orang yang mempengerusikan mesyuarat, hadir dalam mesyuarat itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.