ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN X - PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
Seksyen 107. Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam.
(1) Majlis hendakla melantik suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam, yang hendaklah terdiri daripada
--
(a)
Mufti sebagai Pengerusi; dan
(b)
tidak kurang daripada tiga orang dan tidak lebih daripada tujuh orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai.
(2) Majlis hendaklah bertanggungjawab bagi melaksanakan keputusan-keputusan Jawatankuasa itu.
(3)
Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam hendaklah mempunyai kuasa untuk memberikan tauliah bagi maksud pengajaran agama Islam atau apa-apa perkara tentang agama Islam dan untuk menarik balik tauliah itu.
(4) Majlis boleh membuat peraturan-peraturan untuk mengadakan peruntukan bagi
--
(a)
tatacara, kehendak-kehendak dan perkara-perkara lain yang berhubungan dengan pemberian tauliah di bawah seksyen ini, termasuk fi yang boleh dikenakan;
(b)
tatacara Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam; dan
(c)
elaun yang perlu dibayar kepada anggota-anggota Jawatankuasa itu.
(5) Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, orang yang menjadi anggota Jawatankuasa Penasihat Pengajaran Agama dan Dakwah sebaik sebelum seksyen ini mula berkuat kuasa hendaklah disifatkan menjadi anggota Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam yang dilantik di bawah seksyen ini dan hendaklah terus menjadi anggota sedemikian.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.