ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN VI - KEWANGAN
Baitulmal dan Tatacara Kewangan Majlis



Seksyen 72. Akaun bank.

(1) Majlis boleh mengendalikan apa-apa akaun atau akaun-akaun yang difikirkannya patut dengan mana-mana bank yang sesuai.

(2) Pembayaran-pembayaran oleh Majlis bagi amaun-amaun yang melebihi satu ratus ringgit hendaklah dibuat dengan cek.

(3) Semua wang yang diterima oleh atau untuk Majlis hendaklah dibayar ke dalam suatu akaun bank Majlis mengikut cara yang diperuntukkan dalam Tatacara Kewangan Majlis.

(4) Cek yang dikeluarkan daripada mana-mana akaun bank Majlis hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi atau oleh mana-mana anggota atau pegawai Majlis atau mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa oleh Pengerusi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.