ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan konteksnya menghendaki makna yang lain-

"ahli-ahli dilantik" ertinya Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan ahli-ahli yang dilantik di bawah subseksyen (2) seksyen 10;

"anak kariah" ertinya seseorang yang secara tetap atau pada lazimnya tinggal dalam kariah masjid itu;

"Hukum Syarak" ertinya Undang-Undang Islam mengikut mana-mana Mazhab yang sah dengan mengutamakan Mahzab Syafie;

"Imam" ertinya yang dilantik di bawah seksyen 61 (3);

"Imam Ratib" ertinya Imam Ratib yang dilantik dibawah seksyen 61 (4) bagi sesuatu masjid;

"jawatankuasa kariah" ertinya suatu jawatankuasa kariah yang ditubuhkan di bawah kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 65;

"Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak" ertinya Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak yang ditubuhkan di bawah seksyen 38;

"kariah atau kariah masjid" berhubung dengan suatu masjid, ertinya kawasan yang sempadannya ditentukan di bawah seksyen 60 dalam masa masjid itu terletak;

"Kumpulan Wang" ertinya Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 42;

"Mahkamah" atau "Mahkamah Syariah" ertinya Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, atau Mahkamah Rayuan Syariah, mengikut mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah Enakmen Mahkamah Syariah 1992;

"Majlis" ertinya Majlis Ugama Islam Sabah yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 (1);

"masjid" ertinya satu bangunan yang digunakan bagi sembahyang Jumaat dan sembahyang lain dan kegiatan-kegiatan yang disuruh, disyorkan, atau diluluskan oleh agama Islam, dan termasuk mana-mana masjid atau surau atau madrasah yang disenaraikan di dalam rekod Majlis;

"Menteri" ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pentadbiran agama Islam bagi Negeri Sabah;

"Mufti" ertinya orang yang dilantik menjadi Mufti Kerajaan bagi Negeri Sabah di bawah seksyen 33, dan termasuk Timbalan Mufti Kerajaan;

"Nazr am" ertinya suatu nazr yang dimaksudkan keseluruhannya atau sebahagiannya bagi faedah masyarakat Islam amnya atau mana-mana bahagiannya, dan bukanlah bagi individu atau individu-individu;

"orang Islam" ertinya-

"Pegawai Masjid" ertinya Naqib Masjid, Imam, Imam Ratib, Bilal atau Pembantu Bilal bagi sesuatu masjid;

"Pembantu Bilal" ertinya Pembantu Bilal sesebuah Masjid yang dilantik di bawah seksyen 61(4);

"Setiausaha" ertinya Setiausaha Majlis yang dilantik di bawah seksyen 15;

"Syura" ertinya keputusan yang dibuat selepas sesuatu perkara dibincangkan mengikut pendapat ramai dan jika perlu dengan mengundi;

"wakaf am" ertinya wakaf yang berkekalan di atas modal dan pendapatan daripada harta bagi maksud-maksud agama atau khairat yang diiktiraf oleh Hukum Syarak, dan harta yang diwakafkan sedemikian;

"wakaf khas" ertinya wakaf yang berkekalan atau bagi suatu tempoh terhad di atas modal harta bagi maksud-maksud agama atau akhirat yang diiktiraf oleh Hukum Syarak, dan harta yang diwakafkan sedemikian, yang pendapatan harta itu diberikan kepada orang-orang atau bagi maksud-maksud yang ditetapkan di dalam wakaf itu.

(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan di dalam Enakmen ini dan tidak ditakrifkan di dalamnya tetapi ditakrifkan dalam Enakmen Tafsiran dan Fasal-Fasal Am 1963 [En. 34/63] hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya masing-masing setakat yang erti-erti itu tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.

(3) Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau pentafsiran perkataan-perkataan atau ungkapan-ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, rujukan bolehlah dibuat kepada skrip Arab bagi perkataan-perkataan atau ungkapan-ungkapan itu yang ditujukan bersententangan dengannya dalam Jadual Pertama itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.