ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)
BAHAGIAN IX - PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
Seksyen 102. Jawatankuasa Pengawasan Pendidikan Agama Islam.
(1) Majlis hendaklah melantik suatu jawatankuasa bernama Jawatankuasa Pengawasan Pendidikan Agama Islam, yang hendaklah terdiri daripada-
(a)
Mufti sebagai Pengerusi; dan
(b)
tidak kurang daripada tiga orang dan tidak lebih daripada tujuh orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai.
(2) Majlis hendaklah bertanggungjawab bagi melaksanakan keputusan-keputusan Jawatankuasa itu.
(3) Jawatankuasa Pengawasan Pendidikan Agama Islam hendaklah mempunyai kuasa untuk memberikan
tauliah
bagi maksud pengajaran agama Islam atau apa-apa perkara tentang agama Islam dan untuk menarik balik
tauliah
itu.
(4) Majlis boleh membuat peraturan-peraturan yang mengadakan peruntukan bagi-
(a)
tatacara, kehendak-kehendak dan perkara-perkara lain berhubungan dengan pemberian
tauliah
di bawah seksyen ini, termasuk fi-fi yang boleh dikenakan; dan
(b)
tatacara Jawatankuasa Pengawasan Pendidikan Agama Islam
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.