ENAKMEN 3 TAHUN 1987
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1987

BAHAGIAN X - AM



Seksyen 136. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah.


(1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta,membuat kaedah-kaedah untuk mengawal amalan dan prosedur dalam semua prosiding hal-ehwal suami isteri di bawah Enakmen ini mengikut sebagaimana yang difikirkan bermanfaat dan kaedah-kaedah untuk menetap dan mengawal fee dan kos yang kena dibayar dalam semua prosiding itu; tertakluk kepadanya itu, semua prosiding di bawah Enakmen ini hendaklah dikawal oleh amalan dan prosedur Mahkamah yang ditetapkan oleh Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 setakat mana amalan dan prosedur itu tidak berlawanan dengan Enakmen ini.

(2) Mengenai perkara amalan dan prosedur dalam prosiding hal-ehwal suami isteri yang tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini atau dalam mana-mana kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini atau dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 [Enak. 8/82.], Mahkamah boleh menerima pakai apa-apa amalan dan prosedur yang difikirkannya wajar bagi mengelakkan ketidakadilan dan bagi menyelesaikan perkara-perkara yang dipersoalkan antara pihak-pihak.

(3) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta,membuat kaedah-kaedah bagi maksud Enakmen ini dan, tanpa menjejas keluasan makna yang tersebut di atas, kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukan-peruntukan mengenai-





Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.