ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PIHAK-PIHAK



Seksyen 21. Penurunan kepentingan.

Dalam hal mana-mana serahak, pengwujudan, penukaran, perpindahan atau penurunan kepentingan, estet, hakmilik atau tanggungan mana-mana pihak, di antara permulaan mana-mana tindakan dan penghakimannya, orang yang kepadanya kepentingan, boleh memohon supaya ditambah atau diganti sebagai satu pihak, dan plaintif boleh dengan cara yang sama memohon untuk penambahan atau penggantian tersebut, jika pihak berkenaan adalah defendan. Notis mana-mana permohonan tersebut hendaklah disampaikan kepada semua pihak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.