ENAKMEN 7 TAHUN 1983
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI SEMBILAN 1983

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN.



Seksyen 61. Pentaksiran nafkah.

Pada menentukan jumlah sesuatu nafkah yang hendak dibayar, Mahkamah hendaklah mengasaskan pentaksirannya terutama sekali atas kemampuan dan keperluan pihak-pihak itu, dengan mengira kadar nafkah itu berbanding dengan pendapatan orang yang terhadapnya perintah itu dibuat.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.