ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN VI - KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN MARUAH DIRI



Seksyen 52. Qazaf.

Kecuali dalam hal li'an, seseorang yang menuduh mana-mana orang melakukan persetubuhan haram tanpa mengemukakan empat saksi lelaki atau iqrar orang yang dituduh mengikut Hukum Syara', adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.