ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN III - DARIHAL SUBAHAT



Seksyen 42. Pensubahat hadir ketika kesalahan dilakukan.

Apabila mana-mana orang yang, jika tidak hadir, boleh dikenakan hukuman sebagai seorang pensubahat, hadir ketika perbuatan atau kesalahan yang ia boleh dihukum oleh sebab subahat itu dilakukan, maka hendaklah ia disifatkan sebagai telah melakukan perbuatan atau kesalahan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.