ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV - PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Saman



Seksyen 29. Bagaimana saman disampaikan.

(1) Saman hendaklah disampaikan ke diri orang yang disaman dengan menunjukkan kepadanya saman yang asal dan dengan menyerahkan atau memberikan kepadanya satu salinan saman itu yang telah dimeteraikan dengan meterai Mahkamah.

(2) Tiap-tiap orang yang telah diserahkan saman hendaklah jika diminta oleh pegawai penghantar menandatangani penerimaan salinan tersebut di bahagian belakang saman yang asal.

(3) Jika seorang yang disaman tidak dijumpai setelah berusaha mencarinya, saman bolehlah disampaikan dengan meninggalkan salinan untuknya dengan mana-mana ahli keluarganya yang dewasa atau kepada orang gajinya yang tinggal bersama dengannya.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.