ENAKMEN 4 TAHUN 1993
ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 38. Menghina kuasa Raja Pemerintah dan badan-badan Agama Islam yang lain.

Barang siapa membuat hina terhadap kuasa Raja Pemerintah sebagai Ketua Agama Islam dalam Negeri ini, kuasa Majlis atau Jabatan Hal Ehwal Agama atau mana-mana jawatankuasa atau ahli atau pegawainya atau mana-mana pegawai masjid atau kuasa mana-mana Mahkamah atau pegawai yang mengetuai mahkamah adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.