ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN XIV - KETERANGAN
BAB 2 - SEPINA



Seksyen 102. Permintaan bagi pengeluaran sepina

(1) Sebelum suatu sepina dikeluarkan suatu permintaan dalam Borang MS 20 bagi pengeluaran sepina itu hendaklah difailkan di Mahkamah; dan permintaan itu hendaklah mengandungi nama dan alamat pihak yang meminta sepina itu dikeluarkan jika dia bertindak secara sendiri, atau nama firma dan alamat perniagaan Peguam Syarie pihak itu.

(2) Pengeluaran sesuatu sepina adalah terlaksana sebaik sahaja sepina itu dimeteraikan oleh seorang pegawai Mahkamah.

(3) Sesuatu sepina hendaklah mengikut salah satu bentuk dalam Borang MS 21, MS 22 atau MS 23, mengikut kehendak kes.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.