ENAKMEN 5 TAHUN 1990
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1990
BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Seksyen 108. Pengiktirafan perkahwinan orang Islam yang dilakukan di luar Negeri Johor.
Sesuatu perkahwinan orang Islam yang dilakukan di luar Negeri Johor, lain daripada perkahwinan yang diakadnikahkan di sesuatu Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi atau Pejabat Konsul Malaysia di bawah seksyen 24 hendaklah diiktiraf sebagai sah bagi segala maksud Enakmen ini jika-
(a)
perkahwinan itu telah dilakukan mengikut cara yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Undang-undang Islam tempat di mana ia telah dilakukan;
(b)
tiap-tiap satu pihak itu ada mempunyai pada masa perkahwinannya itu, keupayaan berkahwin di bawah undang-undang tempat bermastautin; dan
(c)
jika salah satu pihak itu seorang pemastautin di Negeri Johor, kedua-dua pihak ada mempunyai keupayaan berkahwin mengikut Enakmen ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.