ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996

BAHAGIAN 3 - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 7 - SAKSI



Seksyen 87. Cara memberi keterangan.

(1) Dalam kes-kes mal, keterangan hendaklah diberikan oleh plaintif dan defendan, dan jika defendan menafikan tuntutan terhadapnya dia hendaklah diminta mengangkat sumpah mengikut Hukum Syara'.

(2) (a) Jika defendan mengangkat sumpah di bawah subseksyen (1), tuntutan yang dibuat oleh plaintif hendaklah ditolak. (3) Dalam kes-kes jenayah, keterangan hendaklah diberikan bagi pihak pendakwa dan bagi pihak tertuduh melainkan jika tertuduh mengaku salah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.