ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

Dalam Ordinan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain -

"bailif" termasuklah Pendaftar atau mana-mana pegawai Mahkamah yang menjalankan tugas "bailif ";

"garnisi" ertinya pihak ketiga yang memegang harta alih penghutang penghakiman;

"lien" ertinya hak ke atas harta kepunyaan penghutang penghakiman setakat jumlah yang terhutang;


"Mahkamah" atau "Mahkamah Syariah" ertinya Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah Ordinan Mahkamah Syariah, 1991 [Ordinan No.4/91];

"notis" ertinya notis bertulis melainkan Mahkamah memerintahkan sebaliknya;

"Peguam Syarie" ertinya seorang yang dilantik sebagai Peguam Syarie menurut seksyen 23 Ordinan Mahkamah Syariah, 1991;

"Pendaftar" ertinya Pendaftar dan Timbalan-Timbalan Pendaftar yang dilantik mengikut seksyen 9 Ordinan Mahkamah Syariah, 1991;

"prima facie" ialah keterangan yang boleh diterima kalau tidak dibuktikan sebaliknya;

"orang yang belum dewasa" ertinya orang yang belum mencapai umur 18 tahun;

"orang yang tidak berkeupayaan" termasuk orang yang belum dewasa dan orang yang tidak siuman dan orang yang ditegah menguruskan hartanya;


"tahun" mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Ordinan Tafsiran [Bab 1.];

"terjemahan yang diperakukan" ertinya terjemahan sesuatu dokumen yang diperakukan betul oleh pegawai Mahkamah;

"tindakan" termasuklah "guaman" dan akasnya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.