ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA



Seksyen 12. Kehadiran bukan ahli dalam mesyuarat.


(1) Pengerusi boleh menjemput sesiapa yang bukan ahli Majlis untuk hadir dalam mesyuarat Majlis, jika perkara yang dibincang dalam mesyuarat memerlukan kehadiran orang itu.

(2) Seseorang yang dijemput hadir di bawah subseksyen (1) adalah berhak mengambil bahagian dalam perbincangan Majlis, tetapi hendaklah tidak ada hak mengundi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.