ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN



Seksyen 20. Tempat perkahwinan

(1) Tiada suatu perkahwinan pun boleh diakadnikahkan kacuali dalam kariah masjid di mana pihak perempuan bermastatutin, tetapi Pendaftar atau Hakim Syarie yang memberikan kebenaran berkahwin di bawah seksyen 17 atau 18 boleh memberikan kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan di tempat lain, sama ada dalam Negeri Perak Darul Ridzuan atau dalam mana-mana Negeri lain.

(2) Kebenaran di bawah subseksyen (1) bolehlah dinyatakan dalam kebenaran berkahwin yang diberikan di bawah seksyen 17 atau 18.

(3) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), sesuatu perkahwinan itu bolehlah diakadnikahkan dalam kariah masjid selain kariah masjid di mana pihak perempuan bermastautin jika-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.