ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN XXIX - KOS, ELAUN DAN FEE MAHKAMAH



Seksyen 217. Fee Mahkamah.

(1) Fee Mahkamah hendaklah dikenakan kepada semua tindakan, hal dan prosiding di dalam Mahkamah dan hendaklah mengikut kadar yang ditetapkan.

(2) Semua fee tersebut hendaklah dibayar dengan wang tunai:

Dengan syarat bahawa dalam prosiding oleh atau terhadap Majlis atau Kerajaan, Majlis atau Kerajaan tidak diperlukan membayar apa-apa fee Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.